Pages

Friday, March 19, 2010

Kepada kawan2 aku di Al-Mashoor...

Kepada semua sahabat2 ku....


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...



Aku selaku Muhamad Nazhif bin Nazarudin ingin menulis di sini se'keping'(kott) warkah kepada anda.Dan aku tegaskan di sini,aku amatlah serius dan tidak main2 dlm menulis warkah ini....


Aku akan kesekolah secepat mungkin InsyaAllah.Jangan korang terlalu risau tentang aku.Seeloknya,JANGAN lah ulang soalan yg sama.Bukanlah niat aku untuk mencuba untuk menjauhkan diri dari korang.Cuma,aku perlukan sedikit ketenangan supaya aku boleh fokus dalam pelajaran.


Aku sudah tidak berani menabur janji lagi.Kerana aku takut,aku tidak mampu menunaikannya lagi.Aku juga takut korang hilang kepercayaan terhadap aku.Jadi,biarlah aku tegaskan di sini awal2.Aku akan kesekolah SEANDAINYA keadaan MENGIZINKAN.Sekiranya berlaku yg sesuatu yg tak sepatutnya,aku mungkin perlu bercuti lebih lama.


Aku tahu,aku banyak melakukan kesilapan.Contohnya menipu,mencuri,menyakiti hati korang dan lain2.Mungkin ini balasan dari Allah Subhanahu Wataala di atas segala kesilapan aku yg lampau.Mungkin juga,Dia memberi aku ujian sebegini berat kerana Dia tahu,aku mampu menanggungnya.Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambaNya diluar batasan kudarat HAMBA itu sendiri.Percaya lah...


Aku seorang lelaki.Aku tahu,aku mampu melalui ujian ini.Sbb itu lah Dia menguji aku sebegini.


Korang buleh lar kutuk belakang aku.Korang buleh lar tikam belakang aku.Aku sedar aku nie sapa.Aku nie cuma seorang hamba Allah yg lemah.


Aku tak tahu lagi apa yg patut aku tulis di sini.Sbb aku takut tersilap tulis.Mungkin apa yg aku tulis nie,buleh mengguris hati korang.

So,seandainya aku mengguris hati korang,aku mintak maaf sekiranya berlaku hal demikian...


Lagi sekali aku tegaskan,JANGAN tanya soalan yg sama.Aku bukan tak suka.Aku cuma tertekan dgn soalan itu.Lagi sepuluh kali korang tanya,mungkin aku takkan ke sekolah itu lagi...

FAHAMI LAH PERASAAN AKU.Aku cuma hambaNya yg lemah....


P/S : Belajarlah bersungguh-sungguh.Lebih2 lagi,kpd FORM 3 Al-Mashoor (L)!Ini lah peluang kita untuk mengharumkan nama sekolah.Biar mereka semua NAMPAK kehebatan KITA.Biar mereka TERKEJUT dgn KEPUTUSAN KITA.Biar mereka PANDANG TINGGI terhadap kita.JANGAN BIARKAN mereka MEMANDANG SERONG terhadap KITA....


P/S : Bawak moto tuh elok2 tau....Jangan jadi macam aku.




SEKIAN,

Wassalam

Warkah oleh : Penulis blog ini
Kepada : Semua KAWAN2 di Al-Mashoor(L)

1 comment:

Adsha Amin. said...

selamat kembali ke sekolah!