Antara perkataan-perkataan UTARA yang TAK MUNGKIN aku aku guna untuk menulis dalam blog (Sekali-sekala tuh,takpa kot.Hehehe)...
1. mertun
hammer/tukul/penukul
Contoh ayat : Tokwan katok paku dengan mertun (Datuk memukul paku itu dengan penukul.)
2. baloq/baloq liat
pemalas (tahap gaban punya pemalas...)
Contoh ayat : Mukriz seorang yang baloq liat (Mukriz seorang pemalas.)
3. kawaq
pencuri
Contoh ayat : Kawaq yang cablaih motor Pak Ali dah kena tangkap (Pencuri yang mencuri motosikal Pak Ali sudah ditangkap.)
4. toyu
kicap
Contoh ayat : "Mak,toyu Jalen dah abih!" kata Maun kat mak dia ("Ibu,kicap Jalen sudah habis!" kata Maun kepada ibunya.)
5. pelenggaq
pelantar
Contoh ayat : Pelenggaq minyak tu dah nak runtuh (Pelantar minyak itu hampir runtuh.)
6. mandom
lembab
Contoh ayat : Radhi seorang yang mandom (Radhi seorang yang lembab.)
7. langgah
meminum sesuatu dengan lahapnya
Contoh ayat : Karim terus langgah kopi tuh sampai abih pasai lapaq ayaq sangat (Karim terus minum kopi itu sehingga habis kerana terlalu dahaga.)
8. mangkaq
keras (tahap cipan punya keras...)/boleh jadi juga sejenis kata makian
Contoh ayat : Batu nie mangkaq sangat (Batu ini sangat keras.)
9. melewaq
merayau
Contoh ayat : Azran suka melewaq tengah malam buta (Azran suka merayau pada waktu tengah malam.)
10.mak/pak/tok/tokwan menakan
mak/bapa/nenek/datuk saudara
Contoh ayat : "Nie pak menakan aku." kata Azli kat Azlam ("Ini bapa saudara saya." kata Azli kepada Azlam.)
11.tonyoh
gosok
Contoh ayat : Khalib dok tengah tonyoh baju dengan berus sekali dgn sabun (Khalib sedang menggosok baju dgn berus beserta sabun.)
12.meneru
berlalu/pergi dengan lajunya
Contoh ayat : Ferrari Pak Malik meneru sampai 200km/j kat highway (Ferrari Pak Malik pecut sehingga 200km/j di lebuh raya.)
13.taboh/katok
pukul
Contoh ayat : "Aku tabuh/katok ang baru tau!" jerit Pian kat adik dia ("Aku pukul kau baru tahu!" jerit Pian kepada adiknya.)
14.relah (ghelah)
koyak
Contoh ayat : Kain ketat Piah ghelah (Kain ketat Pian koyak.)
15.beskat/gerek (geghek)
basikal
Contoh ayat : Gerek/Beskat Arman sudah berkarat (Basikal Arman sudah berkarat.)
16.runaih (ghunaih)
perbuatan mengoyak/menanggalkan
Contoh ayat : Adi dok runaih sticker kat moto bapak dia (Adi sedang menanggalkan pelekat di motosikal bapanya.)
17.sakan
tak sangka/hebat/dahsyat
Contoh ayat : Abu tengah sakan shopping (Abu sedang membeli-belah dgn banyaknya.)
18.cemuih
bosan/meluat
Contoh ayat : "Aku dah cemuih tengok muka ang!" kata coach kat Anne ("Saya sudah bosan tengok muka awak!" kata jurulatih kpd Anne.)
19.ndoi (endoi)
buaian
Contoh ayat : Adik dok tidoq dalam ndoi (Adik sedang tidur di dalam buaian.)
20.beretuh (beghetuh)
berlaga
Contoh ayat : Dahlan beretuh dengan Kelly (Dahlan berlaga dengan Kelly.)
21.cablaih/balas (balaih)
curi/ambil sesuatu
Contoh ayat : Rujuk contoh ayat no. 3
Sebenarnya,banyak lagi.Tapi,banyak sangat.Jadi,aku bagi 21 dulu lah.Nanti kalau ada masa free nanti,aku buat satu lagi entry fasal nih.
Kepada orang sesiapa yang akan ke Penang/Kedah/Perlis dalam waktu terdekat,ini amatlah berguna buat anda.Alaaa,nanti bila korang kat Penang/Kedah/Perlis nanti,boleh lar berlagak pandai cakap loghat Utara.Hehehe...
3 comments:
aku dah tau semua ni. tapi apapun, tahniah. boleh jadi panduan kat mereka-mereka yang taktahu cakap utagha.
amboi hang
mentang2 lar ang peghenah dok kat penang dulu...
eksyen la tuh...heh
mesti ah. bangga tau sebab pernah dok utagha :)
Post a Comment