Pages

Friday, October 22, 2010

Boringnya selepas PMR...

Sepertimana yg korang semua sedia maklum,pada 12 Oktober 2010 yg lalu,SELURUH pelajar sekolah menengah di Malaysia yg berada di Tingkatan 3 dan biasanya berumur 15 tahun telah tamat sepenuhnya menjawab soalan-soalan merepek yg telah disediakan oleh konco-konco Lembaga Peperiksaan Malaysia yang terpilih dari pelbagai pelosok ngeri kononnya.



Maka,kini kesemua pelajar tersebut TERMASUKLAH AKU telah sepenuhnya bebas dari segala 'beban' di kepala yg sering sahaja memeningkan kepala otak dan kepala lutut.Jadi,dunia ini hampir menjadi milik aku,walaupun aku tahu yg dunia ini bukan aku yanng punya.


Kini,segalanya tinggal kenangan.Tiada lagi pensil,pen,pemadam,pembaris,protractor,compasses dan kertas serta buku-buku yg mengarut serta memeningkan kepala.Yang tinggal,hanya perasaan bosan yang membuak-buak dalam diri ini.Faham-faham jer lah,dulu rajin belajar (rajin la sangat.hehe..),sekarang pulak,makan dan tidur jer.



Kalau ikutkan naluri remaja aku nie,dah lama aku tak balik hostel.Sebab,kalau aku balik hostel pun,belum tentu aku pergi sekolah.Walaupun begitu,aku 'terpaksa' jugak balik ke hostel bagi mengelakkan kekeringan poket untuk hidup.Almaklum lah,dah namanya pun student.Kalau nak duit,mcm mana pun kena mintak kat bapak jugak.Hehe..


Faham-faham jer lah...




Kalau aku nak kerja pun,aku nak kerja apa?Takkan la aku nak kerja cuci pinggan kat kedai mamak kot.Kalau jadi cashier,takpa la jugak.Walaupun aku nie lembab giler dalam subjek Math.Hehe...



No comments: