Pages

Friday, December 24, 2010

Nasib baik tak dapat epal...

Sepertimana yg kita tahu,keputusan umum PMR dah diumumkan pukul 10 pagi tadi.Tapi,sekolah aku umum pukul 11 atas sebab-sebab tertentu yang boleh dielakkan tapi sengaja tidak dielakkan supaya boleh melambatkan masa yang ada.Ceh,takda lah...























Dan aku bertemu kawan-kawan sekolah aku yang dah lama jugak la aku tak jumpa.Even yang tinggal dekat dgn umah aku,cuma semakin jarang berjumpa.Faham-faham jer lah.Diorang ada motor pun,taknak datang umah aku.Ceh!




Alang-alang aku terjumpa diorang,aku senyap jer.Tapi,takda la sampai tahap tak bercakap langsung.Cuma,senyap jer.Entah la.Maybe,aku dah semakin kurang biasa dgn diorang dek cuti sekolah yang panjang nih.Hurmmm....


















Anyway,result aku boleh dikatakan agak membanggakan.Ceh,takda lah.Biasa jer...
















Aku dapat 6A 2B 1D jer.Sepertimana biasa,D itu semestinya adalah Bahasa Arab selaku bahasa ke-3 aku.Haha...


Dan B itu adalah subjek Geografi dan MATH!








Dan itu sememangnya membanggakan buat aku.Kerana aku adalah murid yang paling lemah Math di dalam kelas dan mungkin juga yang paling lemah di dalam Tingkatan 3 sekolah aku.Selalu ja aku FAIL dalam subjek nih.Haha...
Tiba-tiba jer,aku boleh dapat B.Pergh!Memang membanggakan BAGI AKU.Huhu...

Tetapi,tidak bagi Geografi.Bagi aku,ini adalah satu kerugian yang agak besar jugak lah.Tapi,takpa lah.Benda dah lepas.Let the bygones be the bygones.Tak gitu?Bukannya apa,aku bukannya tak baca langsung buku Geografi.Tapi,dah memang bukan rezeki aku.Huhu...








Bagi Bahasa Arab pulak,aku memang dah syak dari awal lagi.Aku memang lemah dalam Bahasa Arab nih.Susah?Memang susah pown.Tapi,aku masih tak jemu untuk belajar subjek nih.Bagi aku,adalah satu kerugian besar kalau aku lepaskan subjek nie untuk SPM nanti.Bukannya apa,nanti kalau apa-apa senang la sikit.Contohnya,kalau kita ke Mekah buat Haji or maybe ke Jordan for bussiness,takda la susah nanti.Tak gitu?Haha...






Antara yang paling aku tak sangka yang aku boleh dapat A ialah subjek Sains.Pergh!Selalunya aku FAIL jer subjek nih.Sepertimana Math,aku memang lembab gila dalam subjek nih.Entah la.Maybe,it's just too many nonsense things that I need to learn in this subject.Such as,menstruation,distillation or whatever.It's just too MANY!Tapi,dah memang dah rezeki aku.So,aku bersyukur sangat-sangat for this...







Kesimpulannya di sini,aku berjaya memperoleh 6 ketul ayam,2 buku belacan dan seketul daging sebagai bekalan ke Tingkatan 4 tahun depan.Nasib baik aku tak dapat sebijik epal langsung.Alhamdulillah....







P/S : Aku masih musykil untuk tahun depan.Aku just tak tahu nak amibik aliran apa untuk Tingkatan 4,Maybe,aliran Sains Tulen kott.Huhu...

P/S 2 : '
6 ketul ayam,2 buku belacan dan seketul daging' tuh adalah kiasan semata-mata.Begitu juga dgn 'epal'.So,jangan fikir bukan pulak.Huhu..





No comments: