Pages

Monday, November 25, 2013

Cinta?Kawan?Atau sekadar pemuas nafsu?

   Aku masih musykil dengan diri aku.Pentingkah aku untuk punyai seorang makwe?Soalan nie selali berlegar-legar dalam kepala aku sejak aku sekolah menengah lagi.Bila aku aku tengok remaja-remaja yang sebaya dengan aku,mesti ada jaa dalam kalangan depa yang mesti akan mesej dengan pakwe/makwe depa.Entah.


      Eh,yang tuh hal depa~!Yang aku nie,kenapa?Cemburu,mungkin?Chait~


Oke lah,mungkin ada sekelumit rasa cemburu dalam hati aku ni.Tapi,aku takde laa kisah sgt pun.Sebab bagi aku,benda ni bukan laa benda yang penting sangat pun.Keinginan tuh ada je,tapi takde laa sampai membuak-buak sampai lost control gitu.Haha.Teruk sangat dah tuh.Hee~


      Sometimes,ada jaa orang yang tanya aku, 'Nazip,kau nie takde girlpreng ke?'.Macam biasa,aku akan jawab TAKDE.Sebab memang takde pun.Tapi,lebih menghairankan aku,diorang mesti hairan bila aku jawab TAKDE.Kenapa?Macam pelik ja jawapan tuh.Tak percaya,mungkin?Kenapa pulak tak percaya?

      Selalunya,diorang tak percaya sebab diorang kaitkan dengan paras rupa aku.Depa kata aku handsome weyh~! Gelak jaa bila aku dengar jawapan tuh.Haha xD Alhamdulillah,aku diciptakan dengan paras rupa yang handsome.Tapi.orang yang handsome,wajib ada makwe ke?

     Let me share you a story.Mungkin ada benefit yang boleh diambil disebalik kisah nie.Apa kata,aku bahasakan dia sebagai A saja.Satu hari,dia ada call aku.Dia bagitahu aku,dia tengah ada kat rumah nenek dia kat Bandar Tun Razak,KL.Takde laa jauh mana.Dari Bangi ke Bandar Tun Razak,kalau naik motor ada laa dalam 30-45 minit kalau ikut highway Kajang Silk,Cheras-Kajang dgn SagaLine.Kalau ikut highway KL-Seremban,ke City Center laa jawabnya.Haha.Back to the story,aku bermalam kat rumah nenek dia selama satu hari dua malam.

       Actually,apa yang aku nak ceritakan dekat sini,bukanlah cerita pasal aku naik motor ke Bandar Tun Razak tuh.Aku nak cerita kat sini,aku terkejut bila aku tengok mak saudara dia yang sorang nie.Lawa.Tapi,tak kahwin lagi.Padahal,dah berumur.Lagi tua dari mak kepada sahabat aku nie.Sejujurnya,aku terkejut.Of course laa,selalunya orang yang lawa nie mesti kahwin muda.Ada jaa jejaka yang sunting.Ramai jugak kawan-kawan pompuan aku macam tuh.Bukan sorang dua je.Huhu~

      Pernah jugak aku ditanya,'Bila nak kahwin?' Pergh~! Macam nak tercabut jantung aku bila dengar.Haha.Aku cuma boleh jawab,lelaki yang takde masa depan jaa yang kahwin umur 18 nie.Haha.Bukan nak condemn orang yang kahwin muda.Cuma,bila aku tengok diri aku nie,aku cuma mampu gelak je bila teringat soalan tuh.Haha xD

      Aku akui,aku lebih selesa dgn orang pompuan sebenarnya.Dari kecik lagi kot.Aku kan,anak mak.Haha.Even aku anak sulung,tapi aku nie anak manja.So,dari situ aku fikir,aku cuma lebih selesa berkawan sahaja.Bila nak fikir balik sejarah-sejarah percintaan aku dulu,asyik FAIL je.Bukan sebab depa.Sebab aku jugak.Biasa laa.Nama jaa lelaki,tapi kuat merajuk.Dah laa panas baran.Pernah jugak dicurangi.Sedih gak arr.Haha.Tapi,barang yang lepas jgn dikenang.Kelak,meracun diri.Bak kata P. Ramlee.

      Aku tahu,ada jaa yang jatuh hati dengan aku.Dah handsome sangat,kan?Haha.Takde lah.Aku gurau je.

      Bila dilihat balik,nilai cinta zaman sekarang nie seolah-olah dah semakin murah.Siap boleh main rasa-rasa free of charge lagi.Yang tak tahan,boleh siap main tukar-tukar lagi.Astaghfirullah hal azim.Straigh to the point,ramai jugak orang zaman sekarang nie yang bercinta semata-mata nak memuaskan nafsu je.Baik lelaki,baik pompuan.Lebih-lebih lagi,beli muda remaja yang macam aku nie lah.Aku sedih bila tengok benda-benda macam nie.Aku harap,aku takkan pernah terlibat dengan benda-benda nie suma.Sumpah,aku takut~!

     Ada jugak diantara orang yang aku kenal,pernah ditangkap khalwat.Paling menakutkan,ada jugak yang dah bersalin anak luar nikah.Ya Allah,terkejut jaa aku bila dengar.Dulu,benda-benda nie aku cuma baca sekali imbas je kat newspaper.Paling tidak pun,setakat tengok drama dalam tv ja lah.Sekarang?Depan mata aku ja weyh.Macam tak percaya plak.

  Oke lah.Quota mobile internet aku dah nak expired.Nanti aku post entry lain plak.Renung-renungkan,selamat beramal.InsyaAllah.. :) 

No comments: